Berita Harian
Oleh: HALIFI HUSSIN5 October 2007
LEBIH 80 hasil terbitan dan lebih 60 penulis, pengarang dan pelukis ilustrasi akan dipromosikan di pesta buku berprestij yang berlangsung di Frankfurt, Jerman, dari 10 hingga 14 Oktober ini.
Karya-karya tersebut akan dipromosikan oleh Penguasa Pembangunan Media (MDA).
Karya-karya tersebut akan dipromosikan oleh Penguasa Pembangunan Media (MDA).
MDA akan mengetuai satu delegasi 10 pertubuhan, termasuk IE Singapore, Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan lapan syarikat penerbitan dan percetakan setempat ke sana.
Menurut satu kenyataan MDA, tumpuan Singapura di Pesta Buku Frankfurt itu tahun ini adalah buku kanak-kanak.
Menurut satu kenyataan MDA, tumpuan Singapura di Pesta Buku Frankfurt itu tahun ini adalah buku kanak-kanak.
Kesemuanya, terdapat sembilan tajuk hasil para penulis dan pengarang berbakat, yang dipilih di bawah Inisiatif Penerbitan Pelukis Ilustrasi dan Penulis Kali Pertama (FTWIPI).
MDA juga berkata antara syarikat penerbitan terbesar di Amerika Syarikat, Running Press, telah membeli hak eksklusif bahasa Inggeris kepada buku kanak-kanak bertajuk The Elephant and the Tree, yang dipamerkan di pesta buku tahun lalu.
Penolong Ketua Pegawai Eksekutif (Industri) MDA, Encik Seto Lok Yin, berkata penglibatan Singapura di pesta itu telah mula membuahkan hasil.
'Kini lebih ramai penerbit antarabangsa, ejen kesusasteraan dan pengedar mula menghargai buku- buku, komik dan majalah bertemakan Singapura, yang mempunyai gabungan unik antara budaya Timur dengan pengaruh Barat,' ujar beliau.
Memandang ke depan, Encik Seto berkata MDA akan terus membantu para penerbit Singapura menghasilkan dan mempamerkan karya mereka.
Ini termasuklah untuk wadah gabungan antara media baru seperti animasi, filem dan media interaktif.

0 comments:
Post a Comment